Latar belakang
Rancangan kerajaan British bergantung terutamanya pada meletakkan angkatan laut yang kuat di pangkalan Tentera Laut Singapura kepunyaan Britain apabila berlakunya sebarang pergeseran dengan musuh, untuk melindungi kepentingan Timur Tengah British dan laluan ke Australia. Bagaimanapun, tempoh jangkaan tiba Tentera Laut Diraja British, sekiranya Tanah Melayu atau Singapura diancam, disambung dari minggu ke bulan, sehingga akhirnya, apabila perang meletus di Eropah pada tahun 1939, ia jelas kelihatan bahawa tiada angkatan laut mungkin akan tiba.
Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, Britain, Timur Tengah dan Soviet Union dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan, sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300 hingga 500 kapal terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan dua ratus kereta kebal tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu kereta kebal pun. Mereka kekurangan alatan peperangan dan askar yang terlatih.
Penjajahan Jepun
8 Disember - 18 Disember 1941
Pada pagi 7 Disember 1941, pasukan kapal terbang dan kapal selam kerdil Tentera Laut Imperial Jepun di bawah pemerintahan Laksamana Madya Chuichi Nagumo, melancarkan serangan mengejut ke atas Tentera Laut Amerika Syarikat berpengkalan di Pearl Harbor, dan terhadap Kor Udara Tentera Darat ("Army Air Corps") dan lapangan terbang Marin berhampiran di Oahu, Jajahan Hawai'i, sekarang ini dikenali sebagai Negeri Hawaii. Serangan ini telah dikenali sebagai Pengeboman Pearl Harbor dan Pertempuran Pearl Harbor tetapi, paling biasanya, Serangan ke atas Pearl Harbor atau secara ringkas Pearl Harbor. | Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbor ('Pelabuhan Pearl') melalui udara. Lockheed Hudson Mk VPihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang. Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari keesokannya. |
KEJAYAAN TENTERA JEPUN
- Persediaan yang rapi
Sebelum Jepun melancarkan perang ke atas Tanah Melayu, mereka telah membuat persediaan khususnya mengumpul maklumat penting berhubung dengan kekuatan pertahanan British, angkatan dan kelengkapan peperangan. Menyedari bahawa kubu pertahanan British di Singapura agak sukar untuk dimusnahkan, tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu dari arah belakang, iaitu melalui Kelantan yang tidak mempunyaipertahanan yang lengkap. Ini membolehkan pergerakan tentera menjadi lebih mudah dan dalam jangka masa yang singkat Tanah Melayu telah berjaya dikuasai. - Penguasaan tempat yang strategik
Jepun juga bertindak dengan menawan padang kapal terbang yang terletak di Kota Bharu, Alor Setar dan Taiping. Penawanan tempat strategik ini menyukarkan dan melemahkan pertahanan udara British. Serangan Jepun ke atas Melayu juga dilancarkan dengan pantas dan tersusun. Jepun telah menggerakkan pasukan tentera udara, laut dan daratnya dari pangkalan mereka di Indochina dan Siam. - Lumpuhnya armada laut British
Di samping menghancurkan pertahanan udara tentera British, Jepun juga telah berjaya menenggelamkan dua buah kapal perang Inggeris, iaitu Repulse dan Princeof Wales pada 10 Disember 1941 yang sedang belayar di Laut China Selatan berhampiran Kuantan bagi menghalang konvoi Jepun yang sedang menuju ke arah Selatan. Dengan tenggelamnya dua buah kapal perang ini, Tanah Melayu terdedah kepada serangan laut oleh tentera Jepun. - Keberanian tentera Jepun
Pasukan tentera ke-25 yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Yamashita telah datang dengan semangat hidup atau mati bagi tujuan suci mereka. Semua tentera telah diarah menyediakan wasiat mereka. Di samping itu, tentera Jepun juga telah mempunyai pengalaman berperang selama bertahun-tahun di Manchuria dan telah mendapat latihan perang untuk berperang di kawasan Tropika. - Pakatan dengan kerajaan Siam
Pendaratan Jepun di Singgora merupakan sebahagian daripada rancangan untuk memujuk atau memaksa negeri Thai supaya bekerjasama dengan Jepun. Ini telah menyebabkan suatu Persetiaan Perikatan telah ditandatangani pada 11 Disember 1941. Ini seterusnya telah membolehkan pergerakan tentera Jepun untuk memasuki Tanah Melayu menjadi semakin mudah. - Semangat tentera Berikat
Pasukan tentera Berikatyang mempertahankan Tanah Melayu terdiridaripada lapan briged askar India, dua briged askar Australia dan dua briged sukarelawan Melayu. Pasukan tentera Berikat ini, khususnya lapan briged tentera India tidak mempunyai pengalaman berperang. Bagi memastikan tentera India yang mempertahankan Tanah Melayu hilang semangat untuk berperang, tentera Jepun telah menyebarkan dakyah bahawa Jepun mempunyai hasrat untuk membebaskan Asia termasuk India daripada cengkaman jajahan kuasa Barat,termasuk India. Ini telah menyebabkan tentera India yang berperang telah berpaling tadah dan memudahkan kemaraan tentera Jepun.
Kemasukan tentera Jepun dari Siam
Divisyen Ke-5 tentera Jepun yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra.
Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor Ke-III India daripada Tentera India dan beberapa batalion tentera British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Perak.
Pasukan Jepun mempunyai sedikit kelebihan dari segi jumlah tentera di utara Tanah Melayu, dan kelebihan yang banyak dalam sokongan udara dekat, kereta kebal, kordinasi, taktik dan pengalaman oleh unit Jepun yang pernah bertempur dalam Perang China-Jepun Kedua. Sementara, pihak Jepun mempunyai jumlah kapal terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang mereka pada kebiasaannya lebih baik dan mencapai kelebihan udara. Pihak Berikat tidak mempunyai kereta kebal, yang meletakkan mereka dalam keadaan kurang baik. Pihak Jepun juga menggunakan infantri berbasikal dan kereta kebal ringan, yang membenarkan pergerakan pantas pasukan mereka melalui darat dan melalui muka bumi yang diselitupi hutan hujan tropika yang tebal.
Pihak British telah mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham, Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief) bagi Markas Gerakan Timur Jauh British menolak memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi Matador dan Operasi Krohcol sebelum serangan Jepun, bagi mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.
Force Z tentera laut, terdiri daripada kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa, dan diperintah oleh Laksamana Tom Phillips telah tiba sejurus sebelum permusuhan meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun mendorong kepada Penenggelaman HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember 1941, menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan tentera Jepun untuk meneruskan pendaratan mereka.
Kemaraan turun Semenanjung Tanah Melayu
Sementara itu di pihak Jepun, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, pemerintah Briged ke - 9 mengarahkan pasukan pimpinan Kolonel Saeki diberi tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pasukan Jepun menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya. Beliau mengarahkan Rejimen ke - 40 supaya menyerang bahagian timur jalan. Taktik penyeludupan juga dibuat untuk mara ke kawasan musuh dengan lebih cepat. Bagaimanapun serangan Jepun pada sebelah malam gagal akibat hujan lebat tetapi bernasib baik kerana pasukan Punjab tidak diselaras bagi menyerang pasukan Jepun, akibat kelemahan sistem perhubungan tentera British.
Mejar Jeneral Murray - Lyon yang mengetuai pertahanan British di Kedah mengambil keputusan berundur ke Gurun. Langkah ini dipersetujui oleh Ibu Pejabat Pemerintah Tanah Melayu. Pengunduran tentera British dari Jitra dijalankan dalam keadaan cuaca buruk. Ternyata ketumbuhan ke - 11 mengalami kemusnahan agak teruk berbanding tentera Jepun. Pertahanan Jitra yang dibina selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.
Kekalahan tentera British dan India ini di Jitra oleh tentera Jepun, yang disokong dengan kereta kebal bergerak keselatan dari Siam pada 11 Disember 1941 dan kemaraan pantas pihak Jepun melalui darat dari beachhead Kota Bharu disebelah pantai barat daya Tanah Melayu mengatasi sistem pertahanan British di utara. Tanpa sebarang kehadiran tentera laut, pihak British tidak mampu mencabar operasi tentera laut Jepun di persisiran pantai Tanah Melayu yang terbukti berguna bagi tentera penjajah. Tanpa kehadiran kapal terbang British, pihak Jepun turut menguasai langit, menjadikan tentera darat Komonwelth dan penduduk awam terdedah kepada serangan udara. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.
Sementara itu, ketumbukan ke-11 kemudiannya berjaya diundurkan ke selatan Sungai Kedah pada 13 Disember 1941. Dalam pada itu, tentera Jepun telah sampai ke Alor Star dan ramai yang berjaya menyeberangi Sungai Kedah. Bagi menyelamatkan keadaan, Murray -Lyon mengambil keputusan meletupkan jambatan Sungai Kedah dan jambatan keretapi. Pengunduran dari Alor Star ke Gurun kemudiannya diteruskan walaupun persediaan pertahanan di Gurun tidak memuaskan.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
Sementara itu Pulau Pinang dibom hebat setiap hari oleh pihak Jepun dari 8 Disember sehingga ia ditinggalkan pada 17 Disember. Senjata, bot, bekalan, dan radia station yang berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dalam tergesa-gesa dan jatuh ketangan tentera Jepun. Pengunduran orang eropah dari Pulau Pinang, dengan penduduk tempatan dibiarkan begitu sahaja ditangan tentera Jepun menyebabkan malu besar bagi pihak British dan mengasingkan mereka dari penduduk tempatan.
Pertahanan Johor
Pada 15 Januari, Divisyen Ke-5 Jepun yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan bertempur buat pertama kali dengan pasukan Australia Division ke 8, di bawah pemerintahan Mejar Jeneral Gordon Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia, tentera Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya, disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh Tentera Imperial Australia di Gemas. Pertempuran tersebut, berpusat sekitar Jambatan Gemencheh, memberikan kerugian besar kepada pihak Jepun, yang mengalami 600 korban tetapi jambatan itu sendiri, yang telah dimusnahkan semasa pertempuran, diperbaiki dalam tempoh enam jam.
Pihak Jepun kemudiannya cuba mengelilingi pertahanan pasukan Australia di barat Gemas, dengan itu memulakan pertempuran paling sengit dalam kempen penaklukan Tanah Melayu yang bermula 15 Januari di persisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sungai Muar. Bennett meletakkan Briged India Ke-45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah bagi mempertahankan tebing Selatan sungai Muar tetapi unit tersebut dipintas oleh unit Jepun yang mendarat dari laut dan Briged tersebut hampir musnah sepenuhnya dan komandernya Brigadier Duncan terbunuh.
Pihak British mengarah Batalion 2/19 dan 2/29 (sebahagian Divisyen Ke-8 Australia) ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar. Diketuai oleh Leftenan Kolonel Anderson AIF, tentera India yang berundur disokong oleh tentera Australia membentuk pasukan Muar dan bertempur sengit selama empat hari bagi membenarkan sisa tentera Komanwel berundur dari utara Tanah Melayu, dengan itu mengelakkan daripada dipintas dan berundur melalui pasukan Jepun ke kawasan selamat. Apabila Pasukan Muar sampai ke jambatan di Parit Sulong dan mendapati ia berada di tangan musuh, Anderson, dengan jumlah anggotanya yang mati dan tercedera meningkat, mengarahkan setiap orang cuba 'menyelamatkan diri masing-masing'. Mereka yang mampu merentas hutan, paya, dan ladang getah bagi sampai ke markas batalion di Yong Peng. Mereka yang tercedera ditinggalkan kepada ihsan Jepun dan kesemua 140 anggota yang ditinggalkan, kecuali tiga atau empat orang, disiksa dan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Lt Kol Anderson dianugerahkan Victoria Cross bagi perjuangannya semasa berundur.
Askar Jurutera Diraja British (Royal Engineers) bersedia bagi memusnahkan jambatan semasa berundur.Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari, dan pada 20 Januari, pendaratan lanjut tentera Jepun dilakukan di Endau walaupun menerima tentangan hebat dari serangan udara pengebom torpedo Vickers Vildebeest yang lapuk. Pertahanan terakhir Komonwel di Johor yang tertumpu pada garis Batu Pahat-Kluang-Mersing kini diserang sepanjang garis pertahanannya. Malangnya bagi pihak bertahan, Jen Percival telah menentang pembinaan pertahanan kaku di Johor, di persisiran utara Singapura; Percival mengetepikan permintaan berulang Ketua Juruteranya, Brigadier Ivan Simson agar memulakan pembinaan benteng pertahanan dengan ulasan "Pertahanan buruk untuk semangat (morale)".
Di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh. Jeneral Archibald Wavell memerintah pengunduran umum menyeberangi Selat Johor ke pulau Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.
PENTADBIRAN TENTERA JEPUN
- Dalam bidang politik, Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera dengan ditadbirkan menerusi ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukan tentera telah dibentuk. Satu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai ‘kempetei’ telah ditubuhkan bagi mengambil tugas polis.
- Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan pada 1943 untuk membicarakan kes politik.
- Bagi mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan dijadikan penasihat berhubung dengan hal-ehwal agama. Mereka dijanjikan elaun sepertimana sebelum perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat sepenuhnya.
- Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum. Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat kepada Residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagi mendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu, pelbagai pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi tidak mendapat sokongan.
- Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar khususnya maklumat dari siaran radio pihak Berikat, Kerajaan Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk mengharamkan simpanan ataupun penggunaan radio gelombang pendek. Pada September 1943, filem-filem kepunyaan musuh Jepun telah diharamkan penayangannya di Tanah Melayu. Pada Ogos 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada dimainkan atau disimpan. Pada Oktober 1944, tempat hiburan juga telah diharamkan.
- Bagi meraih sokongan pemerintah Siam tentera Jepun telah menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganukepada Kerajaan Siam.
- Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberi sokongan kepada pemerintah Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa pemerintahan British yang telah kembali menghidupkan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah mengharamkan KMM pada 1942 kerana gerakan ini mula menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun.
- Di Tanah Melayu, Jepun telah menubuhkan Pentadbiran Tentera Pusat (CentralisedMilitary Administration) yang diketuai oleh Gunseikan atau Presiden yang bertanggungjawab kepada Pemerintah Tertinggi Tentera (Commander in Chief) bagi angkatan tentera kawasan ketujuh di Singapura. Pentadbiran awam berjalan dengan penyeliaan tentera. Tanah Melayu telah dibahagikan kepada lapan kawasan dan tiap-tiap kawasan diketuai oleh seorang Gabenor.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak
Borneo Utara
Pendudukan ini ditentang oleh kumpulan-kumpulan guerila. Antara penentangan yang dilakukan adalah Guerila Kinabalu yang diterajui Albert Kwok di Persisiran Pantai Barat dan satu lagi dipimpin Datu Mustapha pada bahagian utara. Akan tetapi, Gerila Kinabalu terhapus dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Kwok dan ahli-ahli sekutunya di Petagas pada tarikh 21hb Januari 1944.
Pembebasan daripada cengkaman Jepun bermula pada 9hb Jun 1945 apabila Divisi Kuasa Imperial Australia ke-9 menyerang kedudukan Jepun di Labuan.
Perang yang berlaku di Borneo Utara tamat dengan penyerahan kalah rasmi oleh Leftenen Jeneral Masao Baba di Pulau Labuan pada 10hb September 1945, Kolonel Elimus di Papar pada 15hb September 1945 dan Majer Akashi di Beaufort pada 17hb September 1945. Ini merupakan hasil pengeboman bersama Pasukan Perikatan (Australia, British, Amerika Syarikat dan New Zealand) yang dalam prosesnya juga memusnahkan bandar-bandar Sandakan, Jesselton dan Labuan.
PENENTANGAN TERHADAP TENTERA JEPUN
Malayan People's Anti-Japanese Army (terjemahan: Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu) atau singkatannya MPAJA ialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. Ramai orang keturunan Cina menganggotai pertubuhan ini kerana mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada masa itu. Waktu ini adalah jangkamasa yang bermula dari tarikh tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945 sehinggalah tarikh kepulangan tentera British kembali ke Tanah Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Pentadbiran British. | Dakyah Jepun untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan mewujudkan pemerintahan sendiri telah mendorong penduduk Tanah Melayu khususnya orang Melayu untuk memberi sokongan kepada kemaraan tentera Jepun. Sebaliknya apa yang berlaku ialah Tanah Melayu menjadi sebahagian daripada negeri jajahan Jepun. Di samping itu, penindasan tentera Jepun ke atas rakyat biasa telah menimbulkan kebencian terutamanya orang China. Beberapa hari selepas Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, pihak Jepun telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang China. Perasaan benci tentera Jepun ke atas orang China ini berakar umbi akibat peperangan China-Jepun di China yang telah bermula sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu lagi. Pemerintahan Jepun juga menghadapi tentangan daripada pegawai dan tentera Britishyang terpaksa berundur selepas mereka dikalahkan oleh Jepun. Bagi meneruskan penentangan terhadap tentera Jepun beberapa buah pertubuhan bawah tanah telah ditubuhkan. Mereka terdiri daripada pegawai tentera British yang diarahkan untuk meneruskan perjuangan menentang tentera Jepun, orang China terutamanya anggota Kuomintang dan komunis dan juga orang Melayu yang enggan tunduk kepada pemerintahan Jepun. Mereka telah bergabung untuk menubuhkan suatu organisasi tentera dikenali sebagai MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Bagi membantu perjuangan MPAJA, pihak Berikat telah memberi bantuan dengan membekalkan senjata dan peluru yang digugurkan dari kapal terbang. Pada 1943, sekumpulan pegawai yang dikenali sebagai Angkatan 136 dari India telah dihantar untuk menyelaraskan tugas kumpulan penentang itu. Gerakan penentangan terhadap Jepun tidak dilakukan secara terbuka. Serangan dilakukan secara serang hendap dan gerakan dimulakan dari dalam hutan. |
19 Disember 1941 - 31 Januari 1942
Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk matlamat mereka seterusnya, bandar Kuala Lumpur. Tentera Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur tanpa ditentang pada 11 Januari 1942. Pulau Singapura kini berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun.
Penyerahan kalah Jepun
Disaksikan Jeneral Richard K. Sutherland, Menteri Luar Jepun Mamoru Shigemitsu menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun di atas kapal USS Missouri, 2 September 1945. |
| Jepun menyerah pada bulan Ogos 1945 menandakan berakhirnya Perang Dunia II. Tentera Laut Imperial Jepun secara efektif sudah tidak wujud sejak Ogos 1945, sementara Serangan Sekutu terhadap Jepun hanya menunggu masa. Walaupun keinginan untuk melawan hingga titik penghabisan dinyatakan secara terbuka, pemimpin Jepun dari Majlis Penasihat Tertinggi Perang secara peribadi memohon Kesatuan Soviet untuk berperanan sebagai perantaraan dalam perjanjian damai dengan syarat-syarat yang menguntungkan Jepun. Sementara itu, Kesatuan Soviet juga bersiap-siap untuk menyerang Jepun dalam usaha memenuhi janji kepada Amerika Syarikat dan Ingeris dalam Persidangan Yalta. Pada 6 Ogos dan 9 Ogos, Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada 9 Ogos, Kesatuan Soviet melancarkan serbuan mendadak ke koloni Jepun di Manchuria (Manchukuo) yang melanggar Pakatan Berkecuali Soviet–Jepun. Maharaja Hirohito campur tangan setelah berlaku dua peristiwa mengejutkan tersebut, dan memerintahkan Dewan Penasihat Tentera untuk menerima syarat-syarat yang ditawarkan Sekutu dalam Deklarasi Potsdam. Setelah berlangsung perundingan di belakang tabir selama beberapa hari, dan cubaan rampasan kuasa yang gagal, Maharaja Hirohito menyampaikan titah radio di hadapan rakyat pada 15 Ogos 1945. Dalam titah radio yang disebut Gyokuon-hōsō (Siaran Suara Maharaja), Hirohito membacakan Perintah Empayar tentang Penyerahan kalah, sekaligus mengumumkan kepada rakyat bahwa Jepun telah menyerah. Pendudukan Jepun oleh Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu bermula dari 28 Ogos. Upacara Penyerahan kalah diadakan pada 2 September 1945 di atas kapal tempur Amerika Syarikat Missouri. Dokumen Penyerahan kalah Jepun yang ditandatangani hari itu oleh pejabat pemerintah Jepun secara rasmi mengakhiri Perang Dunia Kedua. Penduduk awam dan anggota tentera di negara-negara Bersekutu merayakan Hari Kemenangan ke atas Jepun (V-J Day). Walaupun demikian, sebagian pos komando terpencil dan kakitangan tentera dari kesatuan di pelosok-pelosok Asia menolak untuk menyerah diri selama berbulan-bulan bahkan hingga bertahun-tahun setelah Jepun menyerah. Sejak Penyerahan kalah Jepun, sejarawan terus berdebat tentang etika penggunaan bom atom |
Kekalahan Jepun
Operasi kapal-kapal selam Sekutu dan penyebaran ranjau di lepas pantai Jepun telah menghancurkan sebagian besar armada dagang Jepun. Sebagai negara dengan sedikit sumber daya alam, Jepun bergantung kepada bahan mentah yang diimpor dari daratan Asia dan dari wilayah pendudukan Jepun di Hindia Belanda, terutama minyak bumi.[3] Penghancuran armada dagang Jepun, ditambah dengan pengeboman strategis kawasan industri di Jepun telah meruntuhkan ekonomi perang Jepun. Produksi batu bara, besi, besi baja, karet, dan pasokan bahan mentah lainnya hanya dalam jumlah kecil dibandingkan pasokan sebelum perang.[4][5]
Kapal tempur Jepun Haruna karam di tempat berlabuhnya di pangkalan tentera laut Kure dalam peristiwa Pengeboman Kure 24 Jun 1945.Akibat kebinasaan yang dialaminya, kekuatan Tentera Laut Imperial Jepun secara efektif hapus. Setelah serangkaian pengeboman Sekutu di galangan kapal Jepun di Kure, Prefektur Hiroshima, kapal-kapal perang Jepun yang berbaki enam kapal pengangkut pesawat, empat kapal penjajap, dan satu kapal tempur. Namun semuanya tidak mempunyai bahan api yang mencukupi. Walaupun masih ada 19 kapal pembinasa dan 38 kapal selam yang masih beroperasi, operasi mereka menjadi terbatas akibat kekurangan bahan bakar.[6][7]
Berhadapan dengan kemungkinan serbuan pihak Bersekutu ke pulau-pulau utama Jepun, bermula dari Kyushu, Jurnal Perang Markas Besar Imperial menyimpulkan,
Kami tidak dapat lagi memimpin perang dengan sedikit harapan untuk menang. Satu-satunya jalan yang ada ialah mengorbankan nyawa seratus juta rakyat Jepun sebagai bom hidup agar musuh kehilangan semangat bertempur.[8]
Sebagai usaha darurat yang terakhir untuk menghentikan gerak maju Sekutu, Markas Besar Imperial Jepun merencanakan pertahanan Kyushu secara habis-habisan. Usaha yang dinamakan dengan sandi Operasi Ketsu-Go.[9] ini dimaksudkan sebagai perubahan strategi yang radikal. Berbeda dari sistem pertahanan berlapis seperti dipakai sewaktu mengSerangan Peleliu, Iwo Jima, dan Okinawa, kali ini semuanya dipertaruhkan di pantai. Sebelum pasukan dan perlengkapan didaratkan transpor amfibi di pantai, mereka akan diserang oleh 3.000 pesawat kamikaze. Bila strategi ini tidak mengusir Sekutu, Jepun akan mengerahkan 3.500 pesawat kamikaze tambahan berikut 5.000 kapal bunuh diri Shinyo disertai kapal-kapal perusak dan kapal-kapal selam yang masih tersisa--hingga kapal terakhir yang operasional--untuk menghancurkan Sekutu. Bila Sekutu menang dalam pertempuran di pantai dan berhasil mendarat di Kyushu, hanya akan tersisa 3.000 pesawat untuk mempertahankan pulau-pulau Jepun yang lain. Walaupun demikian, Kyushu akan dipertahankan "hingga titisan darah terakhir".[7] Serangkaian gua-gua digali di dekat Nagano. Gua-gua tersebut disebut Markas Imperial Bawah Tanah Matsushiro akan digunakan oleh Tentera Darat bagi mengarah peperangan dan menjadi rumah perlindungan Maharaja dan kerabatnya.
KEADAAN DI TANAH MELAYU SELEPAS PENGISYTIHARAN MENYERAH KALAH OLEH TENTERA JEPUN
Oleh sebab perbuatan kejam dan zalim tentera Bintang Tiga dan juga kerana hasutan mereka terhadap orang Cina, maka beberapa rusuhan dan pergaduhan kaum tercetus yang membabitkan orang Cina dan Melayu. Selepas hampir 2 minggu keganasan dan suasana huru-hara berlanjutan di Tanah Melayu, pada pertengahan September 1945, barulah pihak Britishtibadi Tanah Melayu dan menubuhkan pemerintahan sementara yang dikenali sebagai British Military Administration yang sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan di Tanah Melayu.
MPAJA ke mudianya dibubarkan dan pihak British kemudiannya memberi ganjaran kepada mereka yang berjasa menentang Jepun. Namun apa yang pasti tentera Bintang Tiga yang didalangi oleh Parti Komunis Malaya sedang mengumpul kekuatan bagi mengambil alih Tanah Melayu.
KESAN PENDUDUKAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU
- Politik
Semasa pemerintahan Inggeris, wujud fahaman kebangsaan yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Inggeris. Pergerakan ini yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, mempunyai matlamat untuk menyatukan Malaysia dan Indonesia dengan konsep Melayu Raya. Pada Mei 1937 pergerakan ini menubuhkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda. Menyedari bahawa pertubuhan ini akan mengugat pengaruh Inggeris, pada 1940 pemimpin pertubuhan ini telah ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu, kerajaan Jepun telah membebaskan pemimpin tersebut yang kemudiannya telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Pembela Tanahair (PETA).
Walau bagaimanapun disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh PETA tidak sehaluan dengan pemerintah Jepun, badan ini kemudiannya diharamkan. Namun begitu aktiviti PETA masih terus berjalan dan kemuncaknya pada 1945 Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin telah merancang penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang dikenali sebagai KRIS( Kesatuan Indonesia Semenanjung).Tetapi rancangan ini tidak sempat dilaksanakan kerana pemerintah Jepun telah menyerah kalah. Kejayaan Jepun mengalahkan Inggerisserta pengalaman orang Melayu memerintah Tanah Melayu yang diberikan oleh Jepun bagi mengisi jawatan yang sebelum ini dikuasai oleh pentadbir Inggeris juga telah berjaya membangkitkan kesedaran politik khususnya di kalangan orang Melayu. Disebabkan kesedaran politik inilah rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union selepas berakhirnya pendudukan Jepun telah mendapat tentangan yang meluas daripada orang Melayu sehingga menyebabkan rancangan Malayan Union tidak dapat dilaksanakan. - Ekonomi
Sewaktu pemerintah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu pelbagaiinfrastruktur asas telah dimusnahkan bagi memastikan penjajah Jepun menghadapi kesukaran untuk membangunkan dan menguasai ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha memulihkan ekonomi Tanah Melayu, pentadbiran Jepun telah memperkenalkan mata wang barudi Tanah Melayu. Walau bagaimanapun disebabkan pengeluaran mata wang yang tidak terkawal, inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Di samping itu, perdagangan import-eksport Tanah Melayu dengan dunia luar juga semakin lumpuh. Pengeluaran getah dan bijih timah telah terjejas teruk akibat peperangan. Pengangguran juga semakin ketara selain beberapa keperluan asas dan barang makanan semakin sukar diperoleh. - Sosial
Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pendudukan Jepun juga telah mengamalkan sikap anti-Cina. Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada orang Cina telah melarikan diri ke hutan dan menyertai tentera MPAJA. Sebaliknya pada masa yang sama, ramai orang Melayu yang bekerja dengan tentera Jepun sebagai askar dan polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dengan MPAJA, maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Pergeseran ini semakin buruk khususnya selepas Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas dendam bukan sahaja kepada orang Melayu yang menganggotai tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain. Lantas hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang. Di samping itu, pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah merebak. Kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan tarafkesihatan penduduk di Tanah Melayu. Di samping itu, ramai rakyat Tanah Melayu telah dikerah untuk bertugas bagi membina landasan kereta api di antara Burma dengan Thailand, yang juga dikenali sebagai landasan keretapi maut.
1 Februari - 15 Februari 1942
Divisyen Ke-18 British dan Divisyen Ke-11 India telah berundur ke Singapura secara berperingkat, bertempur kemudian berundur. Dalam proses tersebut, jumlah mereka berkurangan dengan banyaknya. Mereka digabung dengan unit lain dan ditempatkan di kawasan utara Singapura sepanjang persisiran timur laut. Penempatan meriam Jepun tersorok di dalam hutan berhadapan dengan Selat Johor. Meriam-meriam Jepun itu dapat dipindahkan dengan pantas melalui jalan yang baru dibina dalam hutan, dan dengan peta kedudukan musuh yang mereka memiliki, mampu bergerak dengan pantas ke kedudukan yang berkesan. Pada masa yang sama, pengeboman udara berterusan membakar kemudahan-kemudahan minyak yang dibimbangi akan dipergunakan untuk menjadikan Selat Johor sebagai lautan api.
Pada 7 Februari 1942, pihak Jepun memulakan serangan mereka ke atas Singapura dengan mendarat di pulau kecil Pulau Ubin bagi menumpukan tembakan kencang pada Changi. Di sebelah barat laut tentera Australia dibom. Pada 8 Februari, tentera Jepun menjajah melalui barat laut, dan pertempuran jarak dekat secara berhadapan berlaku. Pada sebelah pagi 10 Februari, tentera Jepun berjaya menjejakkan kaki di pulau Singapura. Di barat laut Singapura, Rejimen Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan bin Saidi dengan kelengkapan yang serba kekurangan, tetapi penuh bersemangat, berjuang menentangi bilangan musuh yang jauh lebih banyak daripada Divisyen Ke-18. Mereka menentang sehingga ketitisan darah terakhir dan hampir keseluruhan anggota mereka terkorban. Tentera Jepun kemudiannya mara ke sasaran berikutnya, iaitu lapangan terbang Tengah. Ketika pertempuran merebut lapangan terbang tersebut berlaku, serangan baru Jepun bermula dari arah muara Kranji sehingga Tambak Johor. Dari lapangan terbang Tenrah, pasukan tentera Jepun bergerak ke selatan dan pada 10 Februari 1942, Bukit Timah diserang dan akhirnya ditawan pada 11 Februari.
Pihak Berikat terpaksa berundur ke bandar Singapura di mana mereka dibom tanpa kasihan oleh tentera Jepun. Pada 15 Februari, tentera Jepun menumpu ke bandar. Tentera Pihak Berikat terus bertempur dengan gigih, tetapi mendapati diri mereka berada dalam keadaan semakin terdesak. Akhirnya, arahan diberikan untuk Pihak Berikat menyerah tanpa syarat. Pada 6.10 petang 15 Februari 1942, Jeneral Arthur Ernest Percival menandatangani dokumen menyerah diri.
KESIMPULAN
PENGAJARAN
2.Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.
3.Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah.
4.Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakwah asing.
5.Rakyat yang tidak bersatu padu dan taat setia kepada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.
6.Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada sesebuah negara bangsa.
RUJUKAN
- Ibrahim Mahmmod 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Pustaka Antara.
- Lotfi Ismail 1975. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications & Distributors.
- Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan 1982. INTAN.
- Zainal Abidin b.Abd W ahid 1971. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyerahan_kalah_Jepun
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayu
- http://www.slideshare.net/aishahali712/pendudukan-jepun-di-tanah-melayu-15580559
- https://www.youtube.com/watch?v=gwkyPvlWPM0
- 9.https://www.youtube.com/watch?v=WqNY88Amuzw